Sunday, August 18, 2013

Membuat Caramel Cheese Pudding

Salam semua,

Sebenarnya, resipi Caramel Cheese Pudding ni saya ambil dari portal resipi MyResipi yang dikongsikan oleh yani melalui link ini http://www.myresipi.com/top/detail/7174

Cubaan pertama saya terus berhasil dan telah menjadi kegemaran keluarga dan rakan-rakan sehingga mendapat permintaan untuk tempahan.

Bagaimana membuatnya? Amat mudah, saya salinkan semula resipi yang saya ambil dari sumber dengan sedikit olahan seperti berikut;

Bahan-bahan
[ Karamel ]
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam
[ Puding ]
180g cream cheese
70g gula pasir
4 biji telur
500g susu segar
1 sudu besar jus lemon(optional)

Cara-cara
Sediakan karamel :
Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai. Karamel akan mengeras apabila sejuk
Sediakan puding :
Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam adunan puding tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel perlahan-lahan. Tutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelakkan air masuk ke dalam adunan.
Kukus dengan api sederhana selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang. Lebih sedap jika telah disejukkan semalaman.

Gambar-gambar saya sertakan di bawah. Tapi kena abaikan kuantiti kerana saya buat untuk beberapa loyang sekaligus.
Jika nak gandakan adunan, cuma perlu gandakan bahannya. Sangat mudah.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, adunan nampak sedikit cair, tetapi akan mengeras bila sejuk.
Resipi asal yang saya salin dari laman web
Bahan asas - susu, gula dan cheese
Telur ayam
Cream Cheese
Gula untuk Karamel dan satu lagi untuk Adunan Puding
Susu. Saya tukarkan kepada 500g kerana lebih mudah untuk membuat sukatan. 1 kotak boleh digunakan untuk 2 adunan.
Loyang yang digunakan untuk memudahkan packaging. Tahan Panas tetapi bukan untuk dimasukkan ke dalam oven.
Basuh telur bersih-bersih sebelum digunakan
Pukul gula dan cheese sehingga sebati
Pecahkan telur satu persatu di tempat lain sebelum masukkan ke dalam adunan. Bagi memastikan tiada kerugian berlaku jika terdapat telur rosak.
Adunan yang telah dimasukkan susu panas
Tuangkan ke dalam loyang
Tutup dengan aluminium foil
Selamat mencuba.
_CikHani_

Sunday, July 21, 2013

Mengenai Buku Nota Coklat

Buku Nota Coklat ni bukanlah buku nota tentang coklat.

Buku Nota Coklat maksudnya adalah buku nota berwarna coklat.

Perancangan asal saya adalah untuk mencatitkan apa sahaja maklumat yang boleh dikongsi kepada umum untuk kegunaan bersama.

Perancangan asal juga saya akan memasukkan pelbagai genre ke dalam buku nota ini. Buat masa sekarang, saya dapat fikirkan adalah resipi yang saya telah berjaya buat dan skil-skil mudah yang boleh dikongsi bersama.

Diharap dapat berkongsi maklumat bersama saya.